Kedudukan Orang Melayu

Kedudukan Orang Melayu Sarawak Di Bawah Penjajahan British 1946-1963

RM20

Hashim Fauzy Yaacob
2014. Dewan Bahasa & Pustaka.
Softcover, 248 pages
ISBN  9789834608712

Categories: , .

Product Description

Penumpuan khusus penulis adalah pada kedudukan orang Melayu-Islam sebagai kaum peribumi di bawah penjajahan British dari tahun 1946 hingga tahun 1963. Seperti yang telah ditegaskan, Kedudukan Orang Melayu Sarawak Di Bawah Penjajahan British 1946-1963 ditulis kerana penulis berasakan terlalu sedikit penulisan dibuat tentang zaman penjajahan British dan khususnya, orang Melayu.

Sarawak mengalami beberapa peringkat penjajahan yang banyak meninggalkan kesan politik dan sosioekonomi kepada penduduk setempat. Peringkat pertama penjajahan berlaku apabila wilayah ini diambil daripada Kesultanan Brunei oleh Brooke, kemudian Jepun merampas wilayah ini daripada pemerintahan Brooke, iaitu dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Tamat Perang Dunia Kedua, Brooke berasa tidak mampu lagi untuk mentadbir Sarawak, maka rundingan telah dibuat untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Dengan itu, pada tahun 1946 Sarawak telah berpindah tangan daripada pemerintahan Brooke kepada kerajaan British, walaupun sebahagian besar masyarakat peribumi tidak menyetujui penyerahan tersebut.

The main focus of Kedudukan Orang Melayu Sarawak Di Bawah Penjajahan British 1946-1963 is on the position of the Malay-Muslims as the ‘sons of the soil’ under British colonisation of British, from 1946 to 1963. As mentioned, this book is written on the premise that there is, according to the author, a paucity on books written about the Malays during the period of British colonisation.

Sarawak experienced a few episodes of colonialism that left political and socioeconomic influences on the local residents. The first phase of the colonisation happened when the territory was usurped from the Brunei Sultanate by Brooke; later, Japan took it from the Brooke administration, from the year 1941-1945. After World War 2, Brooke felt that he was unable to govern Sarawak anymore, so the negotiation to hand over Sarawak to the British government  was made. With that, in the year 1946, Sarawak shifted from Brooke’s hands to the British government, although a majority of the natives were not in favour of the arrangement.