Hujan Emas di Negeri Orang

RM28

Mohamed Salleh Lamry
2017. MZ Edu Publications
Soft cover. 23cm x 15cm, 164 pages
with b&w photographs
ISBN: 9789670911137

Product Description

Buku Hujan Emas di Negeri Orang adalah mengenai penghijrahan orang-orang Banjar dari Kalimantan Selatan pada awal abad ke-20 dan kehidupan mereka serta keturunan mereka di Tanah Melayu. Antara mereka yang melakukan penghijrahan itu termasuklah Andin Amin dan keluarganya. Didorong oleh faktor penolak di Kalsel, seperti penindasan penjajah Belanda, dan faktor penarik di Tanah Melayu, seperti peluang mencari nafkah yang baharu, mereka sanggup datang ke Tanah Melayu dengan melalui perjalanan yang jauh dan sukar. Setelah mengalami kehidupan yang susah pada peringkat awalnya, Andin Amin akhirnya dapat hidup dalam keadaan yang agak senang. Anak-anak Ielakinya meneruskan kehidupan sebagai petani dalam keadaan serba sederhana. Bagaimanapun, kebanyakan cucunya dapat hidup lebih senang dan selesa, kerana mereka telah bekerja sebagai pegawai kerajaan, pegawai swasta dan menjadi usahawan. Penghijrahan Andin Amin jelas mendatangkan kesan yang positif. Dengan itu, bagi Andin Amin, “hujan emas”di negeri orang memang menunjukkan negeri orang lebih baik daripada negeri sendiri.

Berdasarkan bahan-bahan yang dapat diperolehi oleh penulis, dia cuba menulis buku ini dengan membahagikannya kepada lapan bab, iaitu:

  1. Pendahuluan
  2. Orang-orang dari Pajukungan
  3. Tanah Air yang Ditnggalkan
  4. Penghijrahan ke Tanah Melayu
  5. Mengadu Nasib di Perantauan
  6. Generasi Kedua dan Ketga di Malaysia
  7. Menyambung Hubungan yang Terputus
  8. Kesimpulan

Orang-orang dari Pajukungan, sebuah kampung di  Kalsel, yang berhijrah bersama-sama ke Tanah Melayu kira-kira  pada tahun 1920 yang lalu, yang akan diceritakan dalam buku ini, sebenarnya terdiri daripada dua kumpulan. Pertama, kumpulan  yang terdiri daripada Andin Amin, isterinya Aminah, bapanya  Andin Tarip, abangnya Andin Ismail, adik angkainya Ahmad, dua  orang adik perempuannya Hamidah dan Aloh serta dua orang  anaknya yang masih kecil, Utoh dan Acil. Kedua, kumpulan yang terdiri daripada dua orang abang Aminah yang bernama Tasad  dan Saman, dan seorang adik Aminah yang bernama Samaiyah.

Bagaimanapun, perbincangan seterusnya dalam buku ini  hanya akan ditumpukan kepada sebahagian daripada anggota  kumpulan penama, iaitu Andin Amin, isterinya, anak-anaknya  yang dibawanya clari Kalsel serta anak dan cucunya yang  di Malaysia.

Additional Information

Weight 300 g
Dimensions 23 x 15 x 1 cm