langlang cover

Hikayat Langlang Buana

RM13

Mohd Yusof Md Nor
2016. Dewan Bahasa & Pustaka.
Softcover. 21.6 cm x 14.1 cm. 133 pages.
ISBN: 9789834903312

Categories: , . Tags: , .

Product Description

Tema Hikayat Langlang Buana ini berkisar pada kisah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Plotnya berkisar pada pengembaraan watak utama iaitu Raja Indera Bumaya, yang ingin mencari Tuan Puteri Kusuma Dewi. Semasa pengembaraan ini berlaku beberapa peperangan. Watak utama (wira) sering dibantu oleh watak dewa kayangan iaitu Langlang Buana. Di sini kelihatan hikayat ini menampakkan pengaruh Hindunya lebih banyak daripada pengaruh Islam. Peranan dewa dan Brahman banyak diceritakan. Kerana itu hikayat ini lebih sesuai digolongkan dalam kategori sastera zaman peralihan Hindu-Islam atau Sastera Hikayat. Walaupun tema dan plot Hikayat Langlang Buana ini menyempai tema dan plot cerita-cerita panji tetapi ia tidak dapat digolongkan sebagai sebuah cerita panji. Harun Mat Piah (Cerita-cerita Panji Melayu, l980:l92 dan 194) dan Abd. Rahman Kaeh (Panji Narawangsa,‘ 19891351 dan 353) menggolongkan Hikayat Langlang Buana ini sebagai sebuah cerita panji — dari segi tema dan plot, tetapi tidak dari segi watak dan latar. Kesemua cerita panji berkisar pada watak utama — Raden Inu Kenapati dan Wirawati Raden Galuh Candera Kirana. Kedua-dua Watak ini mengembara mencari antara satu dengan yang lain. Dalam pengembaraan, mereka menyamar. Watak utama Hikayat Langlang Buana ialah Raja Indera Bumaya dan wirawatinya Puteri Kusuma Dewi.

Additional Information

Weight 150 g
Dimensions 21.6 x 14.1 x .7 cm