tuah wira

Hang Tuah Wira Melayu

RM25

Prof Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusoff Hashim
2008. Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 22.8cm x 15.3cm, 124 pages
ISBN 9789832600305

Product Description

Penerbitan Hang Tuah Wira Melayu adalah hasil koleksi tujuh kertas kerja yang dikemaskini yang telah dibentangkan pada Seminar Hang Tuah – Wira Alam Melayu, 25 Mei 2006, anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Ia telah disertai ahli sejarah dan peminat budayawan seluruh Malaysia, ketua Jabatan Kerajaan Melaka, ahli akademik institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah menengah tinggi dan guru seluruh Melaka, berjumlah hampir 300 orang.

Bertujuan untuk membahas dan menilai semula ketokohan manusia Hang Tuah dalam Sejarah Melaka dan Alam Melayu, seminar ini juga mempunyai matlamat bagi kelangsungan polemik mengenai Hang Tuah dengan wawasan dan impian secara kolektif dan definitif, menghargai dan untuk meletakkan secara historis, kultural, psikologi dan manusiawi, individu Hang Tuah ke tempat dan posisi budaya, intelektual dan ketamadunan yang sewajar dan selayaknya, mengikut acuan dan citra sejarah peradaban Melayu sama ada semasa atau sepanjang masa dari segi aplikasi dan permaknaannya.

Tanpa disedari atau sebaliknya, suatu kesimpulan mungkin dapat dibina daripada keseluruhan persepsi ketujuh-tujuh penulis kertas kerja seminar ini.

Bahawa mitos yang dibina ke atas individu Hang Tuah selama ini banyak dipengaruhi oleh tempelan dan muluk-muluk budaya kerana amat dipengaruhi kuat oleh perihal hadir dan wujudnya tokoh ini di dalam budaya-rakyat popular, khusus perihal ‘ultra’ kehebatannya di samping proses dan daya kreativiti dalam kerangka membina watak dan penokohan dalam Hikayat Hang Tuah. Garis-garis kesejarahannya menjadi korban kepada fenomena mitolisasi yang walaupun pada pokoknya berlatarbelakangkan sejarah.

Additional Information

Weight 350 g
Dimensions 22.8 x 15.3 x .5 cm