hadis_tasawu

Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

RM46

Ishak Sulaiman & Khader Ahmad
2013. Penerbit Universiti Malaya.
Softcover. 22.8 cm x 15.2 cm. 197 pages.
ISBN: 9789831006818

Product Description

Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin dihasilkan dengan tujuan untuk mengetengahkan hasil penyelidikan yang telah dilakukan selama dua tahun bagi membongkar sebuah karya Jawi berjudul Hidayah al-Salikin yang merupakan tulisan seorang tokoh ulama di Nusantara, Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani.

Fokus utama perbincangan adalah usaha untuk mengenal pasti, mengumpul dan meneliti hadis-hadis yang dijadikan sumber pendalilan dalam aspek-aspek tasawuf yang diketengahkan dalam kitab tersebut. Hal ini disebabkan penelitian terhadap hadis-hadis di dalam kitab ini adalah sangat penting untuk menilai keautorifiannya sebagai sumber sandaran dalil terhadap aspek tasawuf yang dikemukakan. Penelifian ini menggunakan metodologi kualitatif bagi menilai kualifi dan nilai keabsahan sesuatu kenyataan atau dalil yang dibahaskan.

Oleh itu, kajian autoriti ini sangat penfing bagi meletakkan asas dan Sumber yang khusus serta berautoriti agar kenyataan daripada hadis-hadis tersebut diketahui statusnya dan dapat digunakan sebagai sumber Pendalilan. Hadis berautoriti adalah merujuk kepada hadis dalam kategori sahih dan hasan yang dapat digunakan sebagai dalil.

Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin ini terdiri daripada enam bab dengan fokus utama kepada kajian terhadap hadis-hadis yang dijadikan sumber dalil dalam kitab tersebut. Pemilihan kitab ini adalah sangat tepat kerana merupakan salah satu daripada karya besar dalam bidang tasawuf yang mendapat perhatian masyarakat. Sehingga hari ini, teks kitab ini masih digunakan sebagai bahan pengajaran dan pendidikan.

Usaha awal penulis mengkaji kitab ini telah dilakukan di peringkat sarjana dengan disertasi ”Sumbangan Syeikh ’Abd al-Samad al-Falimbani: Analisis Metodologi Penyusunan dan Takhrij Hadis Dalam Kitab Hidayah al-Salikin” yang lulus pada tahun 2008. Hasil dapatan kajian ini, diharapkan dapat dimanfaatkan melalui penerbitan buku ini dengan tambahan beberapa aspek penting dalam beberapa bab. Buku ini disusun dalam enam bab. Bab pertama buku ini tertumpu dalam memperkenalkan karya-karya tasawuf yang lahir di Alam Melayu dan sejarah perkembangannya. Manakala dalam bab kedua memfokuskan perbincangan terhadap kitab Hidayah al-Salikin. Penelitian merangkumi maklumat kitab, latar belakang kitab, dorongan penulisan, metodologi penyusunan, biodata pengarang serta kekurangan dan kelebihan kitab tersebut. Bab ketiga pula, fokus perbincangan lebih kepada aspek-aspek tasawuf yang dibincangkan dalam kitab berkenaaan.

Kemudian, bab keempat, perbincangan tertumpu kepada peniiaian terhadap hadis-hadis tasawuf dalam kitab tersebut. Pelbagai aspek disentuh dalam bab ini yang berkaitan dengan bilangan hadis, metodologi penulisan hadis, aspek sanad dan perawi serta perbincangan terhadap hukum hadis. Pada bab kelima, penulis berusaha untuk menganalisis keseiuruhan hadis- hadis tersebut agar pada akhir perbincangan ini dapat menunjukkan secara jelas keautoritian keseluruhan hadis-hadis tasawuf di dalam kitab Hidayah al- Salikin ini. Manakala pada bab terakhir, dinyatakan beberapa saranan kepada    pelbagai pihak yang mahukan khazanah ilmu berkenaan. Harapan penulis adalah agar buku ini dapat dijadikan rujukan khusus kepada semua anggota masyarakat sama ada daripada kalangan tenaga pengajar atau masyarakat awam untuk mengetahui status hadis dan penilaian para ulama terhadap hadis-hadis yang dijadikan sebagai dalil dalam bidang tasawuf.

Oleh itu, adalah sangat wajar bagi penulis untuk mendedahkan dan menyebarkan usaha penulis ini untuk rujukan dan panduan seluruh masyarakat. Bahkan, usaha penulisjuga adalah sebagai suatu usaha kecil untuk membantu pengarang asal kitab tersebut bagi melengkapkan lagi kandungan yang sedia ada. Tambahan pula, melalui penerbitan ini memberikan lagi ruang yang lebih luas untuk disebarkan dan didedahkan kepada seluruh masyarakat.

Additional Information

Weight 450 g
Dimensions 22.8 x 15.2 x 1.6 cm