uban-cvr

Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang

RM30

Ahmad Murad Merican
2015. Dewan Bahasa & Pustaka.
Hardcover, 22.5cm x 14cm, 262 pages
ISBN 9789834615369

Categories: , .

Product Description

Buku ini menceritakan Batu Uban sebagai pancaran sejarah awal Pulau Pinang. Batu Uban merupakan penempatan yang terawal, malah Batu Uban juga pekan dan pelabuhan di Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris. Sepatutnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang dan mesti dikekalkan. Di situlah masjid yang terawal dibina oleh Haji Muhammad Salleh@Nakhoda nan Intan yang berasal dari Kampung Bodi, Payakumbuh, Sumatera Barat. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak tahun 1730-an lagi, dan kepada Dato’ Jenaton, asal Pagarruyung, ke Payakumbuh, kemudian ke Batu Bara dan akhirnya ke Batu Uban. Tempat-tempat seperti Minden, Minden Heights, dan Gelugor, malah Tanjong berkaitan dengan sejarah Batu Uban.

Hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah dan alam Kesultanan Kedah. Namun penceritaan Melayu Pulau Pinang terpisah daripada Kedah, malah rantau Alam Melayu itu sendiri. Begitu juga dengan persejarahan Kedah yang memisahkan Pulau Pinang daripada Kesultanaan dan Perabadan Kedah, dan menerima George Town dan Penang sebagai fait  accompli (ditakdirkan) bukan hanya dari segi politik dan pentadbiran, tetapi juga dari segi warisan dan persejarahan. Kini, masyarakat Melayu Pulau Pinang kian menjadi “pengemis” sejarah.

Buku ini bertujuan meluruskan sejarah, dan dengan harapan Batu Uban dapat dipuliharakan dan diwartakan sebagai kampung tradisional dan tanda kewujudan sejarah awal Pulau Pinang. Buku ini berdasarkan sejarah lisan, salasilah dan rekod-rekod daripada dua keluarga terawal dan terbesar, iaitu Nakhoda nan Intan dan Dato’ Jenaton yang diwarisi sejak lebih dari 200 tahun lalu, artifak-artifak yang ditemui serta catatan-catatan yang pernah diterbitkan. Cerita Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang  juga mengandungi beberapa pemerhatian tentang Tanjong dan kedudukan Pulau Pinang sebagai wilayah Kesultanan Kedah.

This book documents Batu Uban as ‘source of issuance’ of the early history of Penang. Batu Uban is not only the state’s earliest settlement, but also the town and port of Penang before the arrival of the English. Kampung Batu Uban should be recognised and preserved as a special village in Penang. It was there where the earliest mosque was built by Haji Muhammad Salleh@Nakhoda nan Intan who came from Kampung Bodi, Payakumbuh, East of Sumatra. It was also there where the Sultan of Kedah endowed the land to early explorers at the start of the 1790s; to Dato’ Jenaton, who originated from Pagarruyung; to Payakumbuh; to Batu Bara, and finally Batu Uban. Places like Minden, Minden Heights, Gelugor and even Tanjong are related to the history of Batu Uban.

Due to this, Pulau Pinang came under the jurisdiction of the Kedah Sultanate. In spite of this, the hstorical narratives of the Malays in Pulau Pinang and the Malay Realm were disassociated from Kedah. It is the same with the historical narratives of Kedah which separated Pulau Pinang from the Sultanate and civilisation of Kedah, and instead irreversibly accepted George Town and Penang, not only in political and administration aspects, but also in heritage and history. The result of this is that nowadays, the community of Malays in Pulau Pinang are slowly becoming historical “paupers”.

The author aims to put the historical picture right, with the hopes that the historical significance of Batu Uban will be restored and recognised. The research for this book has been sourced from oral history, genealogy, and 200 year-old records from two of the earliest and largest families, which are Nakhoda nan Intan and Dato’ Jenaton; artefacts found and published records. The story of Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang also includes a few observations about Tanjong and the placement of Pulau Pinang as a district of the Kedah Sultanate.

Additional Information

Weight 600 g
Dimensions 22.5 x 14.5 x 1.8 cm