temuan_cvr

Adat Orang Asli Suku Temuan

RM20

Jo Komar & W A Amir Zal
2014. Dewan Bahasa & Pustaka
Softcover, 21.5 cm x 14 cm, 113 pages
ISBN 9789834614454

Product Description

Buku Adat Orang Asli Suku Temuan ditulis khas untuk Orang Asli, para penyelidik dan individu yang berminat untuk mengenali serta memahami adat Orang Asli suku Temuan. Penerbitan buku ini bertepatan dmengan keadaan semasa kerana rujukan berkenaan adat Orang Ash sukar untuk diperoleh disebabkan kurang mendapat perhatian para penyelidik untuk merekodkannya. Jika ada sekalipun, buku tentang adat Orang Asli suku Temuan tidak mendapat perhatian para penyelidik. Oleh itu, para penyelidik menghadapi masalah untuk memperoleh sumber rujukan apatah lagi untuk mengenali khususnya Orang Asli suku Temuan dengan lebih mendalam. Selain itu, penulis mengarang buku ini atas kesedaran untuk memulihara adat Orang Asli suku Temuan yang semakin tidak diketahui clan diamalkan oleh Orang Asli Temuan sendiri.

Buku ini ditulis berasaskan data-data utama yang di-perolehi daripada sumber yang boleh dipercayai dan berautoriti. Penulis telah melaksanakan penyelidikan secara mendalam dengan menggunakan dua kaedah, iaitu temu bual dan pernerhatian. Berkenaan dengan kaedah temu bual, penulis telah menemu bual Orang Asli Temuan yang masih mengamalkan adat mereka, iaitu dalam kalangan Lembaga Adat Orang Asli Temuan. Antaranya ialah Panglima, Cekerah, Penggawa dan Bidan dari Kampung Sungai Melut Dengkil Selangor. Sungguhpun demikian, adat Orang Asli Temuan di Selangor mempunyai perbezaan dengan adat Orang Asli Temuan yang berada di Negeri Sembilan yang lebih banyak dipengaruhi adat Perpatih.

Tentang penulis

JO KOMAR merupakan Orang Asli suku Temuan, Selangor. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan banyak memberi tumpuan kepada isu-isu kelangsungan Orang Asli Temuan khususnya di Selangor dan Orang Asli di Malaysia. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan aktif membuat kajian tentang pengetahuan peribumi Orang Asli seperti keberkesanan herba dan racun daripada pokok hutan, kayu gaharu dam peninggalan sejarah Orang Asli.

W. A. AMIR ZAL merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu. Beliau aktif terlibat sebagai ketua penyelidik mahupun sebagai ahli dalam pelbagai projek penyelidikan antaranya, meliputi bidang pembangunan komuniti, pembangunan Orang Asli dan pembangunan belia.

Additional Information

Weight 350 g
Dimensions 21.5 x 14 x .7 cm