1262_cvr

1262 – Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka

RM25

Abdul Rahman Ismail et al
2016 (cetakan kedua). Institut Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 25.5cm x 17.9cm, 75 pages
9789832600374

Product Description

1262 – Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka

Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka tidak pernah dapat dinyatakan dengan pasti. Sehingga kini belum ditemui sebarang dokumen atau penyataan bertulis sezaman yang sahih tentangnya. Kecuali daripada “Hikayat Melayu” yang menjadi asas penulisan Sulalat-us-Salatin, semua perkara tentangnya ditulis beberapa kurun setelah berlalunya peristiwa yang dibicarakan. Malangnya sehingga kini “Hikayat Melayu” yang asal itu belum lagi ditemui. Para penulis terdahulu memberikan tarikh yang berbeza-beza tentang permulaan kesultanan Melayu Melaka, bermula dari seawal kurun ke-8 Masihi (Gaspar Correa) hingga selewat 1420 Masihi (Braz de Albuquerque).

Berasaskan agakan beberapa orang penulis Portugis kurun ke-16 yang memberikan tarikh yang berbagai-bagai dan andaian serangan Majapahit ke atas Palembang pada 1397 serta butiran kehadiran raja-raja Melaka ke Cina dalam catatan rasml kerajaan Ming pada awal kurun ke-15, sekumpulan sarjana mengagakkan bahawa kerajaan Melayu Melaka didirikan pada sekitar 1400 Masihi. Sebagai contoh, setelah meneliti sumber Cina dan Sulalat-us-Salatin, O.W. Wolters yang mengandaikan Bai-li-mi-su-la (Parameswara) dalam catatan Ming sebagai merujuk kepada Raja Seri lskandar Syah dalam Sulalat-us-Salatin, berpendapat bahawa kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada tahun 1399 atau 1400 Masihi. Sesetengah sarjana pula, dengan mengambil kira tempoh pemerintahan pengasas kerajaan Melaka di Singapura seperti yang disebut dalam catatan Cina, memberikan tarikh yang lebih awal, misalnya 1389/90 atau 1394. Ada sarjana malahan mendakwa pengasas kerajaan Melaka berasal langsung dari Palembang. Perihal tarikh permulaan kerajaan Melayu Melaka ini telah diulas dengan panjang lebar oleh para sarjana, antaranya: FLO. Winstedt, W. Linehan, Paul Wheatley, Christopher Wake, Wang Gungwu, O. W. Wolters, Muhammad Yusofi Hashim, Abu Hassan Sham, Mohd. Dahlan Mansoer dan beberapa orang lain. Secara umumnya mereka sekata bahawa tempoh hayat kesultanan Melayu Melaka hanyalah sekitar satu kurun sahaja. Pelbagai penjelasan telah dikemukakan bagi menerangkan fenomena luar biasa kepesatan pertumbuhan Melaka daripada sebuah kampung di pinggir laut kepada pelabuhan dan pusat perdagangan terkenal di Asia Tenggara.

Additional Information

Weight 150 g
Dimensions 25.5 x 17.9 x .5 cm